Friday 9 May 2014

CARA PENGIRAAN MERIT KE IPTA LEPASAN SPM

Pengiraan merit adalah berdasarkan komponen Markah Akademik (90%) dan Markah Kokurikulum (10%).
Pengiraan markah merit adalah berdasarkan nilai gred mata pelajaran.

Kaedah Pengiraan Markah Akademik seperti berikut :
-90 markah bagi 5 mata pelajaran utama.
-30 markah bagi 3 mata pelajaran terbaik yang lain.

Markah yang diberikan berdasarkan gred Keputusan SPM


Pengiraan Merit Aliran Sains

Kaedah Pengiraan Markah Akademik Aliran Sains seperti berikut :

(a) 90 markah daripada 5 mata pelajaran berikut:-
-Matematik
-Matematik Tambahan
-Fizik
-Kimia
-Biologi atau salah satu dari mata pelajaran berikut: Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Pertanian/ Pengajian Agro Teknologi /Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Pengetahuan Sains Sukan

(b) 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil.


Contoh Pengiraan

1. Andaikan keputusan peperiksaan calon aliran sains yang mengambil 9 mata pelajaran;

Bahasa Melayu A+
Bahasa Inggeris A+
Pendidikan Islam A+
Sejarah A+
Matematik A+
Matematik Tambahan A
Fizik A-
Kimia A
Biologi A

2. Pengiraan markah akademik untuk 5 mata pelajaran utama (Aliran Sains)

Matematik A+                = 18
Matematik Tambahan A = 16
Fizik A-                         = 14
Kimia A                         = 16
Biologi A-                      = 14
JUMLAH                      = 78

3. Pengiraan markah akademik bagi 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil (Aliran Sains)

Bahasa Melayu A+    = 18
Bahasa Inggeris A+   = 18
Pendidikan Islam A+ = 18
JUMLAH                 = 54

4. Markah Akademik Bagi Pengiraan Markah Merit Pelajar

Markah Akademik = Markah Mata Pelajaran + Markah Mata Pelajaran Utama Aliran Terbaik

Markah Mata Pelajaran Utama Aliran = (78 x 90)/90 = 78
Markah Mata Pelajaran Terbaik = (54 x 30)/54 = 30

Jumlah Markah Akademik
= (Markah MP Utama Aliran + Markah MP Terbaik)120 x 90
= (78 + 30)/120 x 90
81

Jumlah Merit
= Jumlah Markah Akademik + Markah Kokurikulum
= 81 + (Markah kokurikulum dari pihak sekolah)


Penyediaan Susunan Merit (Ranking)

Susunan Merit (ranking) disediakan berdasarkan Markah Akademik (90%) dan Markah Kokurikulum (10%).

Jika masih sama (tie), jumlah Gred A+ diperoleh diambil kira ;
Jika masih sama (tie), jumlah markah akademik diambil kira ;
Jika masih sama (tie), jumlah markah kokurikulum diambil kira ;
Jika masih sama (tie), jumlah Gred A (A+, A dan A-) yang diperoleh pemohon akan diambil kira ;

Gred A+ dijadikan penunjuk pertama jika pelajar mempunyai markah merit yang sama. Justeru nilai A+ adalah bersamaan dengan nilai 1.
Gred A yang merangkumi A+, A dan A- juga dijadikan penunjuk penyusunan merit calon jika berlaku persamaan (tie).


Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

MY BLOG AGE

Lilypie Angel and Memorial tickers


PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger
My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my