Wednesday 14 May 2014

Tips untuk belajar bersyukur dan merendah diri




Bersyukur
Belajar melihat apa kelebihan dan kemewahan kita daripada orang lain, In Shaa Allah, timbul perasaan bersyukur.
 Merendah diri
 Belajar melihat kelebihan dan kebaikkan orang lain yang lebih dari kita, In Shaa Allah timbul perasaan merendah diri.


SelamatMencuba‬

Friday 9 May 2014

CARA PENGIRAAN MERIT KE IPTA LEPASAN SPM

Pengiraan merit adalah berdasarkan komponen Markah Akademik (90%) dan Markah Kokurikulum (10%).
Pengiraan markah merit adalah berdasarkan nilai gred mata pelajaran.

Kaedah Pengiraan Markah Akademik seperti berikut :
-90 markah bagi 5 mata pelajaran utama.
-30 markah bagi 3 mata pelajaran terbaik yang lain.

Markah yang diberikan berdasarkan gred Keputusan SPM


Pengiraan Merit Aliran Sains

Kaedah Pengiraan Markah Akademik Aliran Sains seperti berikut :

(a) 90 markah daripada 5 mata pelajaran berikut:-
-Matematik
-Matematik Tambahan
-Fizik
-Kimia
-Biologi atau salah satu dari mata pelajaran berikut: Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Pertanian/ Pengajian Agro Teknologi /Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Pengetahuan Sains Sukan

(b) 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil.


Contoh Pengiraan

1. Andaikan keputusan peperiksaan calon aliran sains yang mengambil 9 mata pelajaran;

Bahasa Melayu A+
Bahasa Inggeris A+
Pendidikan Islam A+
Sejarah A+
Matematik A+
Matematik Tambahan A
Fizik A-
Kimia A
Biologi A

2. Pengiraan markah akademik untuk 5 mata pelajaran utama (Aliran Sains)

Matematik A+                = 18
Matematik Tambahan A = 16
Fizik A-                         = 14
Kimia A                         = 16
Biologi A-                      = 14
JUMLAH                      = 78

3. Pengiraan markah akademik bagi 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil (Aliran Sains)

Bahasa Melayu A+    = 18
Bahasa Inggeris A+   = 18
Pendidikan Islam A+ = 18
JUMLAH                 = 54

4. Markah Akademik Bagi Pengiraan Markah Merit Pelajar

Markah Akademik = Markah Mata Pelajaran + Markah Mata Pelajaran Utama Aliran Terbaik

Markah Mata Pelajaran Utama Aliran = (78 x 90)/90 = 78
Markah Mata Pelajaran Terbaik = (54 x 30)/54 = 30

Jumlah Markah Akademik
= (Markah MP Utama Aliran + Markah MP Terbaik)120 x 90
= (78 + 30)/120 x 90
81

Jumlah Merit
= Jumlah Markah Akademik + Markah Kokurikulum
= 81 + (Markah kokurikulum dari pihak sekolah)


Penyediaan Susunan Merit (Ranking)

Susunan Merit (ranking) disediakan berdasarkan Markah Akademik (90%) dan Markah Kokurikulum (10%).

Jika masih sama (tie), jumlah Gred A+ diperoleh diambil kira ;
Jika masih sama (tie), jumlah markah akademik diambil kira ;
Jika masih sama (tie), jumlah markah kokurikulum diambil kira ;
Jika masih sama (tie), jumlah Gred A (A+, A dan A-) yang diperoleh pemohon akan diambil kira ;

Gred A+ dijadikan penunjuk pertama jika pelajar mempunyai markah merit yang sama. Justeru nilai A+ adalah bersamaan dengan nilai 1.
Gred A yang merangkumi A+, A dan A- juga dijadikan penunjuk penyusunan merit calon jika berlaku persamaan (tie).


The Liebster Award

assalamualaikum

scroll-scroll komen petang tadi , tengok-tengok blog aku ditag oleh KAK KALISHA untuk menjawab soalan-soalan the liebster award.

tengs >.<


tuu dia ? ape tu liebster award ? 
aku sendiri sebenarnya tak tahu tapi mengikut pandangan aku dia macam menukar soalan-soalan untuk saling berkenalan antara bloggers yang terpilih . ye ke idak ? hihik . memandai jer. jadi , untuk memeriahkan dan menyokong award ni , aku sudi untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh KAK KALISHA sebentar tadi.

jap jap jap , sebelum tu , aku nak bagi lu amaran keras . hehe . ehem-ehem .
kak , saya tak tahu acanne award ni dijalankan . saya reti jawab jew ape yang akak tanya. hehe . kalau ade yang salah tu , maaf ek. hehe . pastu saya tak reti sangat speaking ni. ahaks !

ok , sambung !

malu laaa ~ english broken !!

1.Which state are you from?
woot woot ! i am from Kelantan Darul Naim which has a lot of its own specialities such as "dikir barat" , "wayang kulit" and others . As Kelantanese  are known as beautiful and sweet people such as me  MOSTLY , it is because we always eat and drink something that very sweet . haha .
2.Are you still studying or working?
My last qualification was SPM and now Im waiting the registration date for entering matriculation college in Pahang . And I really excited for that coming time .
3.Blogging since when and what age?
Well, I'm start blogging on 2012 if i'm right and my SimplySuria's age is 1 year , 8 months , 2 weeks and 4 days since I start blogging . 
4.What do you love about blogging?
I do not why I really enjoying blogging . but as I finished my entries , I will felt very satisfied and my inquiries were fulfil . :P
5.Any tips for newer blogger?
haha , I advise to the new blogger , use alternate ways if u want ur blog is well-known by people by using PING BUSUK , KAKI PING and others to increase ur traffic . then , put some advertisement that can give u some benefit for your pocket like NUFFNANG and CHURP CHURP . and the MOST i really want u know that , avoid using so many widget as it can effet our cutie blog . SERIOUSLY .
6.What's your favorite breakfast?
LOL ! I always wake up late in the morning especially after 9 o'clock . how can I get breakfast ? hehe . but usually if i had my breakfast , i ate "nasi bungkus".
7.Your dream place for holiday?
I never had a dream place to have holiday . TRUELY . but maybe one day , JAPAN ? :D
8.Mini Cooper or Beetles Volkswagen?
Mini Cooper , of course. ^_^
9.List 3 things that you hate.
i) frog 
ii) lizard
iii) pleasure-seeking guys or playboys
10.What's your personal slogan?
If u are on the right path , despite those haters and believe in urself.
HATERS WILL HATE THIS .
11.Tell us anything that we might not know about you.
- a lazy person
- i have a bad habit when i'm sleeping
- talkative as people always thought me as a loner . -_-

fuhh , tamat jugakk , hahaha . sorry , banyak ni grammar broken ? tak tahu la dimaafkan ke tidak . hehe . done and publish ! 

thanks for tagging me . 
next time , do it again . sincerely . 
publish !

credit to -----> LIEBSTER AWARD

Thursday 8 May 2014

JANGAN PAKAI TUDUNG !

assalamualaikum

wohooo , tajuk takleh blah ! 

kenapa aku cakap jangan pakai tudung ? kenapa dan mengapa ?

sebab ,

perempuan sekarang kebanyakannya terikut-ikut dengan fesyen moden 
kononnnya nak ikut peredaran zaman dan taknak ketinggalan . katanya lagi ,

"lawa lah pakai camtu , baru style

"haa, camnila baru cantik . baru orang nampak

"okey cun ! sanggul aku mesti orang tengok dan ingat rambut aku panjang

"mesti ramai tergoda tengok aku nanti

dan pelbagai lagi agenda firasat hati+godaan syaitan yang membawa kepada lembah kemaksiatan dan kancah penzinaan.

first of all , aku nak cakap pasal sanggul.

"Bolehkah perempuan bersanggul?"

boleh  , takde masalah . sapa cakap perempuan takleh pakai tudung bersanggul?

sanggul yang diharamkan oleh islam adalah seperti ini :



Tegahan daripada hadis nabi saw :

Rasulullah SAW bersabda:
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212- 


Then , aku nak cakap pasal fesyen sekarang yang entah pape samada dekat tv ke , dekat youtube ke dekat tutorial and blablabla (yang tak menepati syariah islam), beribu-ribu mata melihat dan mempelajarinya semata-mata nak dipandang cantik. sedar atau tidak, benda ni lah yang memberikan "pahala free" secara berterusan selagi orang "mengamalkan" apa yang ditunjuk. nauzubillahiminzalik.

jadi, nak salahkan siapa bila perkara ini berlanjutan? pihak media, ibubapa, pihak berkuasa, jakim atau pihak kerajaan yang bersalah ? *senyum sinis*

tepuk dada , tanya selera.

hidup ini adalah satu pilihan . kita yang memilih samada nak atau taknak. 

sesungguhnya yang halal itu jelas, yang haram itu pun jelas. jangan kita pulak nak menghalalkan yang haram , dan mengharamkan yang halal.

ibarat mencuci najis supaya suci sedangkan selama-lamanya , ia tetap najis.

. “Maklumkanlah kepada perempuan-perempuan mukmin supaya mereka menundukkan mata mereka dan memelihara kesopanan. Mereka hendaklah menutup anggota badan mereka, kecuali apa yang biasanya terbuka. Selendang mereka hendaklah dilabuhkan untuk menutup dada ...” (24: 31)

Jadi, ISLAM tidah suruh kita memakai tudung tapi ISLAM menyuruh kita untuk menutup aurat . pakailah apa sahaja asalkan semua bahagian ditutp dengan elok dan bukannya dibungkus. inilah maksud tersirat tajuk aku.

antara fesyen-fesyen yang disalahgunakan oleh pihak-pihak buta ataupun pihak lemah yang masih kurang ilmu agama ialah :





ARGH ! STOP STOP STOP DOING ALL OF THIS ! pleaseee ....
kalau rasa api tu panas , baik hentikan semua ni sebab api neraka berkali-kali ganda lagi panas dari api dunia. hijabis style la konon .

kat bawah ni , aku tunjuk picture yang dianalisis mana salah , mana betul. take note girls ! 



Bukannya Rambut yang perlu ditutup tapi Aurat yang perlu ditutup.

"aurat bagi perempuan adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan."

jadi , saya menyeru ke arah semua pihak samada lelaki dan perempuan , tegurlah , didiklah anak-anak ,saudara-saudara kita ke arah yang benar . sungguh , setiap kebaikan tidak akan merugikan kita langsung . janji Allah adalah benar dan syaitan itu musuh yang nyata. 


Lastly , hiduplah di bumi Allah ini dengan redhanya , berkatnya nescaya akhirat kelak Allah akan memberikan balasan setimpal dengan apa yang kita lakukan. 

"CANTIKLAH KAMU DI MATA ALLAH JUA , JANGAN CANTIK DI MATA MANUSIA SAHAJA. KERANA , DARIPADA ALLAH JUALAH KAMU MENDAPAT KECANTIKAN ITU ...


WALLAHUALAM.

MedicMesir INTAKE 2014

assalamualaikum.

PERMOHONAN SESI 2014 TELAH DIBUKA.
 PERMOHONAN SETEMPAT MEMBOLEHKAN ANDA 
MEMBUAT PILIHAN PENGAJIAN DI MESIR ATAU 
TURKI. 
SILA HADIR TAKLIMAT


jeng jeng jeng .

tadi ada ternampak iklan ni cepat-cepat rasa nak update. 
kot-kot ada orang nak belajar kat mesir dalam medik kan
 tapi tak tahu nak cari kat mana. nah , saya sediakan. 
hehe

1. Tabung ini TERBUKA kepada semua yang berminat untuk menruskan pengajian di Mesir untuk sesi 2014.
2. Sila rujuk link borang permohonan di link sini BORANG PERMOHONAN
3. MedicMesir juga akan mengadakan taklimat. Oleh itu, anda yang berminat dijemput untuk hadir.
SABTU 10 MEI 2014
Selangor (Fak. Perubatan, UPM, 10 pagi)
Johor Bahru (Le Grandeur, 10 pagi)
Penang (Hotel Tabung Haji, Bayan Lepas, 8 malam)
AHAD 11 MEI 2014
Melaka (Seri Malaysia, 10 pagi)
Ipoh (Seri Malaysia, 10 pagi)
SELASA 13 MEI 2014
Selangor (Fak. Perubatan, UPM, 10 pagi)
Johor Bahru (Le Grandeur, 10 pagi)
Penang (Hotel Tabung Haji, Bayan Lepas, 8 malam)
JUMAAT 16 MEI 2014
Terengganu (Grand Puteri, KT, 9 pagi)
Kelantan(MARA, Jln Dato' Pati, Kota Bharu, 9 pagi)
4. Segala pertanyaan sila rujuk kepada Dr Ahmad di talian 0133061313/ Cik Maimunah 013 3023030 / Cik Shikin 0193106167 / 03 89459030. Sila rujuk diFB MEDICMESIR dan laman web MEDIC MESIR

sekian and publish !

Wednesday 7 May 2014

TUTORIAL NAK PUTUSKAN HUBUNGAN BERCINTA (LAWAK)


assalamualaikum



sekarang, aku nak share sikit cara-cara acanne nak putuskan hubungan percintaan yang agak lawak.

well as korang tahu lawak tu subjektif. ikut citarasa masing-masing. ada orang akan rasa lawak dan ada sebaliknya.

nak putuskan hubungan cintan cintun ni bukan senang kan? even bukannya cinta disebabkan perkahwinan atau silaturahim yang memang terbina.

but nasihat aku ,  berfikirlah sebelum bercinta sebab cinta itu ibarat menggaru kudis. semakin digaru semakin sedap. cinta jugak boleh disebabkan ketagih. makin lama makin nak. jadi , kepada sesiapa yang belum lagi pernah kapel , macam aku , janganlah sekali-kali mencubanya. cinta itu parah . hahahaha *laugh evil*

sebelum tu , aku nak gitaw kat korang yang bahawasanya kalau korang nak mintak putus, please please and please jangan cakap camni. "awak/sayang/baby/biy/abang blablabla nak mintak putus". nak tahu tak kenapa? sebab... ni bukan caranya nak mintak putus tapi cara suruh pasangan korang pujuk balik. nanti adela tak sampai ati la kesian la simpati la sayang lagi la apew la. nampak tak maksud aku ni? 

Di bawah adalah antara ayat-ayat lawak + pedas yang korang boleh gunakan :

Pegi mampus "
"Mak tak restu"

"Mak saya yang tentukan jodoh tuk saya"

"Couple itu haram"

"Wei kita putus hg jgn nk semak kt aku dh" 

"aku dah ada gf yang kaya , plus comel. Kau ada ? "


"Awak... Marilah same2 kite mengakhiri hubungan kite dgn tasbih 

kafarah dan surah al-asr"


"Bf: you i nk u tau yg ILY

Gf: awhhh sweetnye, tapi klau u ckp full lagi sweet

Bf: Ok. I'm leaving u."



"aku dh x da teruna ... x pun ada cancer testis"


"aku ni sebenarnya penjenayah yang dikehendaki"


"aku dah dapat hidayah"

Di bawah ni lak antara perbuatan lawak yang boleh dilakukan:

1. Tunjuk awek baru

2.Ambik wudhuk , baca bismillah. jangan lupa azan sekali

3. pekong calculator Casio fx-570MS

4. cakap pasangan korang yang curang

5. suruh dia tengok Quran kenapa tak leh kapel

so, ini sajalah yang aku sempat pikirkan . ahaks ! pape hal aku nak advise awal-awal , sediakan terus jiwa dan raga korang kalau betul-betul nak mintak putus. kalau sempat , tempah terus kubur , batu nisan and perkara untuk bekalan masa akhirat sebab aku takut pasangan-pasangan korang buat counter strike.

sekian sahaja daripada aku . 

selamat mencuba!!


Tuesday 6 May 2014

TUTORIAL LETAK LAGU MP3 (SIMPLE)

Assalamualaikum

Kali ni nak tunjuk acanne nak letak lagu dari desktop ke dalam blog .

1.firstly,

klik SINI , and register . nak mudah , guna fb ataupun twitter akaun.

2.  sesudah register , dia keluar cam di bawah , then klik kat aku tunjukkan tu.


3. lepas tekan "upload files", tekan "browse" and pilih lagu yang korang nak  letak dari desktop korang . dah pilih lagu ,tekan "start upload".

4. then , bila complete korang tekan "my files" seperti di bawah ni.


5. then , klik pada  lagu yang korang nak letak dalam blog .


6. tekan kat button "share" yang ada kat sebelah kanan . then copy code yang ada kat bawah "direct hotlink".


7.  Klik link ni, MINI MP3 PLAYER.


Category: ganeral
Untuk kotak mp3: paste code 'direct link' yang anda dah copy tadi.
Tukar autoplay kepada 1



Dah selesai tu, klik semula category: colour.
Anda ubahlah warna2 kat situ, klik yang bulat tu (anak panah ungu).


Dah siap semua tu, copy semua code HTML (seperti dalam gambar)


8. Pergi ke Add a gadget > HTML/Javascript > paste code tadi.

siap.

selamat mencuba.



credit to ---->  MAISARAH







Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Guru


Falsafah pendidikan kebangsaan:
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Objektif:
“BAHAWASANYA dasar pelajaran sepertiyang diistiharkan dalam Ordinan pelajaran, 1957 ialah untukmenubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan Negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya...”

Falsafah pendidikan guru:
Guru yang bepekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

SENARAI BARISAN KABINET MALAYSIA 2013-2018


PERDANA MENTERI:
DATUK SERI MOHD. NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK (UMNO)
TIMBALAN PERDANA MENTERI:
TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)

JABATAN PERDANA MENTERI:
MENTERI:
(1) DATUK SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
(2) DATUK SERI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUAT KUASA 5 JUN 2013)
(3) SENATOR DATUK SERI IDRIS JALA (SENATOR)
(4) TAN SRI JOSEPH KURUP (PBRS)
(5) DATUK SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
(6) NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
(7) DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)
TIMBALAN MENTERI:
(1) DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
(2) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)

MENTERI KEWANGAN:
(1) MENTERI KEWANGAN I: DATUK SERI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
(2) MENTERI KEWANGAN II: DATUK SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(3) DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)

MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I: TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
(2) MENTERI II: DATUK SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(3) TIMBALAN MENTERI I: DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
(4) TIMBALAN MENTERI II: P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)

MENTERI PERTAHANAN:
(1) MENTERI : DATUK SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)

MENTERI PENGANGKUTAN:
(1) MENTERI : DATUK SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)

MENTERI DALAM NEGERI:
(1) MENTERI : DATUK SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)

MENTERI KERJA RAYA:
(1) MENTERI : DATUK FADILLLAH YUSOF (PBB)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
(1) MENTERI : DATUK SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : HAMIM BIN SAMURI (UMNO)

MENTERI LUAR NEGERI:
(1) MENTERI : DATUK SERI ANIFAH BIN AMAN (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
(1) MENTERI : DATUK HASAN BIN MALEK (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
(1) MENTERI : DATUK SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK JAILANI BIN JOHARI (UMNO)

MENTERI SUMBER MANUSIA:
(1) MENTERI : DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
(1) MENTERI : DATUK SERI SHAFIE BIN APDAL (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)

MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
(1) MENTERI : DATUK ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
(1) MENTERI : KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC)

MENTERI KESIHATAN:
(1) MENTERI : DATUK SERI SUBRAMANIAM (MIC)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK SERI HILMI BIN YAHAYA (UMNO)

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
(1) MENTERI : DATUK SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
(1) MENTERI : DATUK SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK NORIAH BINTI KASNON (UMNO)

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
(1) MENTERI : DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK SERI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
(1) MENTERI : DATUK SERI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
(1) MENTERI : DATUK SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
(1) MENTERI : DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
(1) MENTERI : DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
(1) MENTERI : DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)

Jumlah anggota Jemaah Menteri;
> Kabinet Najib mempunyai keseluruhannya 32 menteri dengan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) sahaja mempunyai lapan orang menteri.
> Kabinet terdahulu dianggotai 30 orang menteri.

Antara menteri yang mengekalkan portfolio masing-masing ialah;
> Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal;
> Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah;
> Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan;
> Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Muka lama yang bertukar portfolio pula termasuklah;
> Bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang kini memegang portfolio Komunikasi dan Multimedia;
> Bekas Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S.Subramaniam kini Menteri Kesihatan.
> Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kini Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dan;
> Datuk Seri G.Palanivel Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Barisan Kabinet kali ini turut menyaksikan enam timbalan menteri dinaikkan pangkat sebagai menteri penuh. Mereka ialah;
> Bekas Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof (Menteri Kerja Raya);
> Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat);
> Bekas Timbalan Menteri Luar Datuk Richard Riot (Menteri Sumber Manusia);
> Bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan);
> Bekas Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Joseph Kurup (Jabatan Perdana Menteri) dan;
> Bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Joseph Entulu Belaun (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).

Yang digugurkan pula ialah;
> Bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor dan;
> Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Habuan Terbesar:
> Sabah dan Sarawak yang memberikan kemenangan besar kepada Barisan Nasional pada pilihan raya yang lalu menerima habuan terbesar apabila mereka diwakili oleh 12 menteri penuh dan lapan timbalan menteri.
Pemangku Menteri;
> Dalam situasi yang belum pernah berlaku sebelum ini, Najib telah melantik Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai menteri sementara Kementerian Pengangkutan yang direzabkan untuk MCA.
> Ini bermakna, MCA yang sebelum ini diwakili oleh empat orang wakil dalam kabinet telah dikurangkan kepada hanya satu kerusi sahaja.

Muka baru ialah;
> Datuk Seri Abdul Wahid Omar (JPM);
> Datuk Paul Low Seng Kuan (JPM);
> Datuk Seri Shahidan Kassim (JPM);
> Nancy Shukri (JPM);
> Khairy Jamaluddin (Belia dan Sukan);
> Datuk Rahman Dahlan (Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan);
> Idris Jusoh (Pelajaran dan Pengajian Tinggi);
> Datuk Rohani Abdul Karim (Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat);
> Tengku Adnan Tengku Mansor (W.Persekutuan)

Monday 5 May 2014

PANDUAN TEMUDUGA IPG 2014

Assalamualaikum

today of the day , hee ,
aku nak tulis serba sedikit tentang panduan temuduga kepada sesiapa yang berjaya ke langkah seterusnya selepas UKCG aritu .first of all, tahniah diucapkan eyk . 
alhamdulillah ,termasuk aku . tahniah ! yeayyy ~


tanggal 5 mei 2014 , ceh , akupun cek la semakan temuduga ipg dapat ke tak . masa tu memang redha je dapat ke tidak sebab ujian haritu teramat-amatlah sengit .dan bleep test aku sangat-sangat mengecewakan . hihiks .level satu je aku lepas. tsk tsk T_T

but, alhamdulillah , maybe rezeki Allah , aku masih lagi antara senarai pendek untuk temuduga seterusnya . tanpa berlengah masa lagi , jom kita start membicarakan tentang temuduga yang bakal kita hadapi tak lama lagi.

*amaran*
ni hanya research aku , dan yang ada kat sini hanyalah untuk membantu kalian dan jugak kepada diri aku sendiri. kalau ada yang tertinggal , ke ape ke ,jangan salahkan aku. harap membantu . hopefully .

okey ,firstly. susun dokumen secara rapi ! pleaseeeee... mengikut cikgu aku ajar, letak yang paling latest sampailah older untuk susunan sijil. kalau boleh level pun kena dari yang paling tinggi kepada yang rendah .
contoh: kebangsaan>negeri>daerah>sekolah.

perjalanan temuduga nanti aku tak tahu camne , tapi berdasarkan apa yang aku buat pemerhatian , nanti ada sesi temuduga individu dan berkumpulan .

temuduga individu ni cam byase lah dia akan tanya tentang diri kita , latar belakang keluarga, penglibatan di sekolah, sebab pe kita nak jadi guru ke ,and so on yang berkaitan yang selalu di tanya.

then, masa temududga berkumpulan pulak , masa ni kita akan diberi satu tajuk dan sama-sama berdebat. entahla yang ni macam mana tapi nasihat aku , kalau boleh, setiap apa yang kawan kita cakapkan tu, kita kena terima la baru nampak open-minded sikit kan .

then , masa temuduga penting untuk korang tahu antara perbezaan bidang perguruan dan profesion keguruan

pasal ni aku buat research kat blog SINI . blog ni ada banyak yang melibatkan tentang perguruan . kalau rajin , baca lah semua yang ada untuk meningkatkan lagi pengetahuan kalian .orait ??

then, masa aku cari-cari lagi apa yang penting ,aku jumpa sesuatu . punya lah banyak giler tak tahu nak cakap. semua benda ade dalam benda ni. semua halaman ada 300 muka surat .

kalau sape2 ada yang baca sampai habis benda ni, memang konpem, konpem boleh jadi cikgu terus. seriously ! nak tengok?? gi cinin >> KPM

kalau taknak bace semua pun , tengoklah sekilas untuk pengetahuan  bersama. kan tak pasal-pasal ternganga takley jawab . sape yang susah?? awak.

senarai perkara-perkara yang korang perlu cari and baca :

1. SENARAI KABINET NEGARA 
tak tahu nak cari kat mana? kat SINI ada.


3. FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
Guru yang bepekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."

4. semua perkara berkaitan PENDIDIKAN MALAYSIA
yang ni ada dalam artikel 300 muka surat tu. hehe.



Berikut adalah beberapa soalan popular ketika temuduga IPG.
1. Bebanan kerja guru semakin bertambah,bagaimanakah caranya?
2.  Budaya buli di sekolah semakin serius,apakah puncanya?
3. Mengapakah kamu memohon IPG?
4. Apakah tanggungjawab seorang guru?
5. Apakah tujuan program PLKN dilaksanakan?
6. Apakah objektif KBSR,KBSM,KSSR?
7. Jika kamu diminta mengajar di luar bandar,bagaimana kamu menghadapi masalah kehidupan di situ?
8. Sanggupkah kamu ditempatkan di luar bandar?
9. Objektif utama hari guru?
10. Bagaimanakah kamu meningkatkan ilmu dan kemahiran supaya menjadi guru yang cemerlang?
11. Fungsi utama PIBG?
12. Guru mempunyai banyak masa lapang,tidak banyak tugas.setuju atau tidak?
13. 5 sebab mengapa kamu perlu dipilih untuk menjadi guru?
14. Apakah yang akan kamu lakukan jika pelajar menentang kamu?
15. Yang mana lebih penting?tugas atau keluarga?
16. Apakah cabaran terhebat perguruan pada masa kini?
17. Berikan 3 tugas lain seorang guru selain daripada mengajar?
18. Guru kencing berdiri,anak kencing berlari,adakah kamu setuju?Mengapa?
19. Remaja kini semakin liar dan ganas.Apa pendapat anda?
20. Bagaimana cara efektif membendung masalah gengsterisme?

Penemuduga selalu juga tanya mengenai :
  • SEKOLAH WAWASAN.
  • SEKOLAH PENYAYANG.
  • PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN.
  • JUMLAH IPG DI MALAYSIA. (Jumlah IPG sebanyak 27 buah kampus kesemuanya.)
    Click here untuk senarai IPG di Malaysia.
  • PERANAN SEORANG GURU
  • PROGRAM2 YANG DIJALANKAN DI SEKOLAH
  • ISU-ISU SEMASA SEKOLAH


so , done for my entry . publish ! ^_^
semoga berjaya kepada mereka yang akan menduduki temuduga. yeayy!

credit to : rossacalla dan cikgufiq dan blog-blog yang terlibat.




MY BLOG AGE

Lilypie Angel and Memorial tickers


PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger
My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my