Thursday 8 May 2014

JANGAN PAKAI TUDUNG !

assalamualaikum

wohooo , tajuk takleh blah ! 

kenapa aku cakap jangan pakai tudung ? kenapa dan mengapa ?

sebab ,

perempuan sekarang kebanyakannya terikut-ikut dengan fesyen moden 
kononnnya nak ikut peredaran zaman dan taknak ketinggalan . katanya lagi ,

"lawa lah pakai camtu , baru style

"haa, camnila baru cantik . baru orang nampak

"okey cun ! sanggul aku mesti orang tengok dan ingat rambut aku panjang

"mesti ramai tergoda tengok aku nanti

dan pelbagai lagi agenda firasat hati+godaan syaitan yang membawa kepada lembah kemaksiatan dan kancah penzinaan.

first of all , aku nak cakap pasal sanggul.

"Bolehkah perempuan bersanggul?"

boleh  , takde masalah . sapa cakap perempuan takleh pakai tudung bersanggul?

sanggul yang diharamkan oleh islam adalah seperti ini :



Tegahan daripada hadis nabi saw :

Rasulullah SAW bersabda:
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212- 


Then , aku nak cakap pasal fesyen sekarang yang entah pape samada dekat tv ke , dekat youtube ke dekat tutorial and blablabla (yang tak menepati syariah islam), beribu-ribu mata melihat dan mempelajarinya semata-mata nak dipandang cantik. sedar atau tidak, benda ni lah yang memberikan "pahala free" secara berterusan selagi orang "mengamalkan" apa yang ditunjuk. nauzubillahiminzalik.

jadi, nak salahkan siapa bila perkara ini berlanjutan? pihak media, ibubapa, pihak berkuasa, jakim atau pihak kerajaan yang bersalah ? *senyum sinis*

tepuk dada , tanya selera.

hidup ini adalah satu pilihan . kita yang memilih samada nak atau taknak. 

sesungguhnya yang halal itu jelas, yang haram itu pun jelas. jangan kita pulak nak menghalalkan yang haram , dan mengharamkan yang halal.

ibarat mencuci najis supaya suci sedangkan selama-lamanya , ia tetap najis.

. “Maklumkanlah kepada perempuan-perempuan mukmin supaya mereka menundukkan mata mereka dan memelihara kesopanan. Mereka hendaklah menutup anggota badan mereka, kecuali apa yang biasanya terbuka. Selendang mereka hendaklah dilabuhkan untuk menutup dada ...” (24: 31)

Jadi, ISLAM tidah suruh kita memakai tudung tapi ISLAM menyuruh kita untuk menutup aurat . pakailah apa sahaja asalkan semua bahagian ditutp dengan elok dan bukannya dibungkus. inilah maksud tersirat tajuk aku.

antara fesyen-fesyen yang disalahgunakan oleh pihak-pihak buta ataupun pihak lemah yang masih kurang ilmu agama ialah :





ARGH ! STOP STOP STOP DOING ALL OF THIS ! pleaseee ....
kalau rasa api tu panas , baik hentikan semua ni sebab api neraka berkali-kali ganda lagi panas dari api dunia. hijabis style la konon .

kat bawah ni , aku tunjuk picture yang dianalisis mana salah , mana betul. take note girls ! 



Bukannya Rambut yang perlu ditutup tapi Aurat yang perlu ditutup.

"aurat bagi perempuan adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan."

jadi , saya menyeru ke arah semua pihak samada lelaki dan perempuan , tegurlah , didiklah anak-anak ,saudara-saudara kita ke arah yang benar . sungguh , setiap kebaikan tidak akan merugikan kita langsung . janji Allah adalah benar dan syaitan itu musuh yang nyata. 


Lastly , hiduplah di bumi Allah ini dengan redhanya , berkatnya nescaya akhirat kelak Allah akan memberikan balasan setimpal dengan apa yang kita lakukan. 

"CANTIKLAH KAMU DI MATA ALLAH JUA , JANGAN CANTIK DI MATA MANUSIA SAHAJA. KERANA , DARIPADA ALLAH JUALAH KAMU MENDAPAT KECANTIKAN ITU ...


WALLAHUALAM.

4 comments:

  1. hai, akak tag awak utk liebster award. kalau sudi jawab yer ^^ terima kasih :)

    http://kalishabanyakcakap.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award-saling-berkenalan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye akak :) saya dah jawab dah , hehe . tengs tagging me

      Delete
  2. Agreed!! kebanyakan yang pakai tudung sekarang hanya berdasarkan trend...tidak pada syariat..dada terdedah, kepala berbonggol..trend masyarakat sekarang amat menakutkan. kerana generasi akan datang pasti akan terdedah dengan trend ini..tanda didikan yang betul..ramai yang akan terpesong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah , saya pun takut nak cakap sal ni sebenarnya . tadi pun dah ada orang bash serta merta . tp takpe asalkan niat kita masih betul , moga Allah beri hidayah padanya . amin .

      Delete

MY BLOG AGE

Lilypie Angel and Memorial tickers


PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger
My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my